Posts

Showing posts from August, 2017

Tips Trip to Penang (Part 3: Hop On Hop Off Bus to Penang Hill a.k.a Bukit Bendera)

Image
Assalamualaikum! Kali ni sambung cerita dan tips untuk travel bajet di Pulau Pinang. Spesifiknya kali ini, Cikeding nak cerita cara kami naik bas Hop-On-Hop-Off (HOHO bus) untuk berpusing2 keliling pulau secara unlimited hehe. Sepertimana diceritakan dalam Tips Trip to Penang Part 1 & 2, Cikeding stay di area Komtar. Setelah bertanya2 kami pergi ke stesen HOHO yang terdekat di Komtar. Bila bas sampai, kami naik dan beli tiket dalam tu. Pastikan anda ada MyKad (kadang dia nak tengok) dan masa Cikeding beli pula bertuah sebab Cikeding bawa student ID dan dapat harga lagi murah berbanding biasa. Kami beli untuk 48 jam tak silap, dua hari. Boleh naik bas unlimited times, selagi dalam waktu perkhidmatan lah, jangan pukul 2 pagi duk nak tunggu bas HOHO ni ya. Semak website untuk masa perkhidmatan. Dalam bas pun ada pamplet untuk rujukan route laluan bas, stesen HOHO terdekat dan masa ketibaan/pelepasan. Memang berbaloi beli tiket HOHO. Kami berjaya sampai ke semua tarikan pelancon...

Tips Trip to Penang (Part 2 : Char Kuey Teow & Mee Udang Sungai Dua)

Image
Hai semua! Okay jum sambung cerita.. Cikeding henyak kayuh basikal sampai berbatu jauhnya ! haha. Sepertimana Cikeding cerita dalam Part 1,kami berbasikal dari Jalan Pintal Tali dan pusing2 keliling bandar (di pulau). Kemudian, tak cukup penat, kami henyak tambah lagi 30 kilometer kayuhan, menuju ke Semenanjung. Ngam2 lepas Zuhur nak dekat Asar, kami berbasikal naik ke feri. Percuma je okay. Tapi berhati2, sebab yang naik feri nak menyebrang tu kebanyakannya adalah motor di ikuti kereta. Basikal? Kami bertiga je. haha. Bahaya ya ampun! Disebabkan kami lambat berbanding kenderaan berenjin, maka stay alert dan berada di hadapan/belakang sekali setiap kali beratur untuk masuk/turun feri. Ini supaya masa menunggu tu, mereka nampak anda dan boleh expect nak bagi anda lalu. Kalau anda belakang sekali, bagus juga, sebab anda slow. haha. Tapi tolong jangan sampai tertinggal okay. Pergi dan balik kami naik feri. Yela, lepas tu kami pulun naik jalan besar macam highway untuk sampai ke Sunga...

Tips Trip to Penang ( Part 1 : Cycling di Art Street)

Image
Hello! Kali ni Cikeding nak share pengalaman travel ala backpackers yang simple dan jimat. Cikeding suka style travel explore ni sebab santai dan boleh banyak berjalan/cycling untuk masuk setiap area dan explore lebih mendalam. Berbaloi-baloi! berbanding masuk keluar shopping malls bila travel. :P Okay Cikeding pergi dengan member dua orang. Ktorg naik flight murah dari Johor Bahru to Penang. Book awal la murah. Perjalanan dalam 45 minutes sahaja. Sampai saja airport pagi2 tu, terus cari bas Rapid Penang bernombor 102 di tingkat dua airport. Kami nak menghala ke Komtar Penang. Tambang dalam RM3 xsilap. Lapo sikit... hehe tapi tahan dulu xmo breakfast kat airport. Tunggu kat Komtar satg. Sampai Komtar, kat tepi area bas berhenti tu, ada satu ala food court yang tak berapa semenggah, tapi ramaiii orang bekerja serbu makan situ. Orang pencen dan orang bercuti macam kami pun serbu. Nasi lemak bungkus pelbagai jenis! Murah2. Kuih toksah cerita, banyak pilihan! Jangan tamak sudah sebab ...

Resepi Mudah Daging Masak Ala Rendang

Image
Selamat Pagi! Semalam Cikeding berpeluang masak daging untuk makan malam. Asalnya nak masak daging dendeng, yang perap kicap tu je (kakak ipar orang Kuantan ajar). Tapi tak jadi, sebab suami Cikeding sukakan lauk berkuah. Dendeng kan kering. Buat basah berkuah karang jadi Daging Masak Kicap pula. So, Cikeding pun carilah resepi daging berkuah yang rare sikit tapi mudah hehe. Nak dendeng tapi bahan rendang haha. Okay, here it goes ; BAHAN -BAHAN 250 g daging yang dipotong nipis (minta kedai potong siap) halia sebesar separuh ibu jari 3 bawang putih 4 bawang merah 5 sudu cili kisar / boh 3 sudu kerisik ¼ kotak santan CARA-CARA MASAKAN 1. Rebus daging dalam periuk menggelegak selama 40 minit, pastikan separuh terendam. Cikeding keluarkan dari freezer, masuk je dalam multi cooker. Letak sudu besi yang berat bagi cepat lembut. 2. Kisar bawang putih, merah, halia dan cili kisar / boh. 3. Tumiskan bahan kisar dalam minyak panas secukupnya. 4. Setelah sedikit kering dan cili...

Travel ke Batam, Kepulauan Riau (Part 2: Shopping Pasar Tanjung Pinang)

Image
Hai! Bersambung kita dengan cerita Cikeding melancong ke Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia. Kali ni part 2, Cikeding nak cerita kami bershoping di pasar saja untuk cari souvenir. Untuk pengetahuan, pasar ada lagi banyak pilihan, segar, murah dan lebih bercirikan Indonesia. Kalau di Shopping Mall, jujur cakap, bercirikan 'Made in China' dan lebih mahal. Cumanya Cikeding lebih suka bagi souvenir berbentuk makanan tempatan sebab souvenir berbentuk barang kecil2, Cikeding rasa, silap haribulan, boleh dibuang sebab memenuhkan rumah je. haha. Tapi makanan kenalah berbentuk kering seperti kacang atau bahan kering mentah untuk di masak/goreng. Okay, Cikeding dan geng rombongan telah menahan satu van depan hotel (sebab ramai yang nak pergi). Kalau tak ramai, boleh naik ala angkutan tu. Kos lebih kurang dalam RM2+ nak sampai ke pasar. Pasar Buah ada, Pasar Oleh2 ada. Cikeding pergi dua2. Lagipun dekat. Di pasar tu, ada basic necessities macam pakaian dan makanan harian. Cikedi...

Travel ke Batam, Kepulauan Riau (Part 1:Malam Berinai Anak Gabenur Pemerintah Kota Tanjung Pinang)

Image
Hai travellers dan backpackers semua :) Antara tempat WAJIB untuk kita bila baru nak mula travel overseas, adalah tempat yang terdekat dan murah. Yelah, mungkin masih belajar atau baru saja bekerja.. modal terkumpul untuk melancong dalam setahun masih di tahap lebih kurang RM500. Antara lokasi yang sesuai, adalah Indonesia dan Thailand. Cikeding bermula dengan Indonesia dahulu, kerana tempatnya luas. Kepulauan Riau ni terletak di bawah Singapura. Maka, boleh naik feri saja untuk ke sana. Tak perlu naik kapal terbang bagai. Spesifiknya, Cikeding pergi ke Tanjung Pinang, Batam, Indonesia. Dan Batam ini termasuk dalam gugusan Kepulauan Riau. Untukku mendapatkan tiket, pergi ke Pelabuhan Feri di Free Duty Zon Stulang, Johor Bahru. Ada bas angkut2 warna oren ke Stulang ni dari Larkin dan JB Sentral. Tiba di sana, beli tiket pergi dan balik. Harga bolehlah semak di laman web ya. Maaf Cikeding dah lama pergi, tapi ni baru nak post, huhu. Cikeding pergi ke Tanjung Pinang bersama rombongan...

Resepi Ayam Masak Sambal Ros

Resepi ni untuk dua orang makan ye, dan kami makan waktu dinner. Secukupnya lah kenyang untuk kami. BAHAN-BAHAN Ayam potong sederhana kecil 3 bawang putih 5 bawang merah 3 cili padi (kalau suka lebih pedas, tapi ada cili boh saja pun dah okay) 6 sudu cili boh/kisar 3 sudu sos tomato 3 sudu sos cili Air asam jawa (secekut asam dan cairkan dalam setengah mug cawan berisi air) Pelaga, Bunga Lawang, Cengkih, Kayu Manis (bagi wangi, optional) CARA-CARA MASAKAN 1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Gorengkan +- 10 minit dalam minyak, api sederhana kecil. Supaya dalamnya masak dan luarnya tak hangit. Darah akan mengalir keluar, tandanya dalam ayam sedang dimasak. 2. Angkat dan ketepikan. 3. Kisar bawang, cili padi dan cili boh. Masukkan sedikit air supaya boleh blender halus. 4. Ambil sedikit minyak goreng ayam dan setelah panas, tumiskan bahan kisar tadi. 5. Masukkan pelaga, cengkih, lawang dan kayu manis. 6. Setelah bahan tumis sedikit garing dan cili boh berwarna merah ge...

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Image
Assalamualaikum :) Tahniah anda memiliki Buku Pink Mengandung. Yang tak ada pun tak apa, boleh ja nak baca post ni :)  Kalau jumpa doktor ni, biasanya akan ada scan ultrasound untuk baby ;) Saya jumpa Medical Officer sebanyak tiga kali sepanjang mengandung ni. Jumpa pada kandungan berusia 13 minggu, 28 minggu dan pada 36 minggu. Lebih kurang pada 4, 7 dan 9 bulan usia kandungan. Bahagia dan macam tak percaya masa first ultrasound scan pada minggu ke 13 tu, nampak baby stretch kaki. hehe. Doktor kata, sukalah dia, lapang lagi rahimnya hehe. Saya pun belum boleh rasa siku punggung dia semua. Belum rasa ngilu lagi.  Bergantung kepada Klinik Kesihatan, kadang dia print gambar baby kadang dia print important measurement details je. Nak tengok pertumbuhan. Kalau nak umph, boleh lah pergi ke klinik swasta. Range bermula RM60 untuk ultrasound bayi. Ada yang 2D, 3D. Semuanya perlu diukur dan direkod. Pada masa inilah Anak Syurga boleh dikenalpasti. Ini antara saringan awal. ...

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam sejahtera Pembaca Semua! Harini Cikeding nak kongsikan beberapa isi penting berkaitan dengan minum air gula di Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) . Pada pendapat Cikeding, antara sebab ibu mengandung perlu minum air gula adalah; Sejarah Ibu/Ayah mempunyai Diabetes Langkah saringan awal demi kesihatan Ibu Mengandung dan Bayi Meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemakanan sihat oleh Ibu Mengandung Mengurangkan risiko komplikasi bersalin nanti terhadap Bayi dan Ibu. Okay, parents Cikeding memang ada Diabetes, even tak tinggi sangat pun. Family history ni, nurse akan awal-awal lagi tanya dan catatkan dalam Buku Pink Mengandung. Oleh itu, Cikeding pun kenalah buat MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) atau test air gula ni juga. Dua kali sepanjang mengandung. Prosedur setiap KK berbeza, ada yang sediakan hari khas (contoh: Khamis sahaja) untuk minum air gula dan ada KK yang boleh minum air gula any day of the week. Nurse akan tanya tarikh mana bersesuaian untuk kita datang buat test tu. ...

Mengandung Trimester Pertama

PENGALAMAN MENGANDUNG (TRIMESTER PERTAMA) Hi semua! Nak cerita sikit pengalaman mengandung trimester pertama, which is Bulan pertama hingga ketiga kandungan. Ataupun, 1st Week hingga 12th Week. Gitu la lebih kurang. Yang penting, trimester pertama ni memang crucial moment, atau amat dititikberatkan untuk ibu mengandung dan orang sekelilingnya. Pada pendapat saya, ini sebab; Fetus/kandungan masih baru dan belum kuat dalam uterus Fetus/kandungan sensitif terhadap makanan / perubahan  Ibu mengandung mengalami perubahan fizikal dan hormon (Relaxin Hormone yang boleh menyebabkan tubuh sedikit lemah) Ibu mengandung mungkin belum perasan dia mengandung (untunglaa xmabuk) First time mom (belum ada pengalaman) / New pregnancy, new experience (pengalaman mengandung berbeza pada setiap kali) Member opis pun memang 'menjaga' Cikeding. Orang mengandung ni nampak fragile kata mereka,huhu. Pernah sekali, keluar bilik opis, tersadung pasu..alhamdulillah Cikeding xjatuh, tapi...

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan

Image
CARA BUKA BUKU PINK DI KLINIK KERAJAAN Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dapat result  double line bila test guna Urine Pregnancy Test (UPT). Dah termiss period (lambat dua minggu), macam caya tak caya je Tuhan beri nikmat mengandung. Tiga kali asyik mintak Suami Cikeding belikan UPT. Yang murah2 je, tak payah yang sampai tunjuk usia kandungan.  Pergi tanya nurse di klinik kesihatan kerajaan yang terdekat, cara-cara nak buka buku pink. Seingat saya, ni list kecil yang nurse bagi untuk saya bawa: Salinan MyKad saya Salinan MyKad suami Salinan Sijil Nikah Bil Api/Air (untuk alamat) Surat pengesahan dari Doktor/Pegawai Perubatan Semua saya kena bawa ke klinik pada Minggu ke-11 kandungan. Dalam senarai tu, semua takde masalah untuk saya dapatkan, kecuali yang surat pengesahan doktor tu.  Saya kena pergi jumpa mana2 doktor klinik swasta dan dapatkan surat bertulis (make sure ada kepala surat rasmi klinik).  Saya kena buat UPT test lagi ...

Resepi Telur Masak Kurma Bajet, Mudah & Enak

Image
RESEPI TELUR MASAK KURMA  Cikeding nak share resepi bajet murah dan mudah untuk makan dua orang! Dalam 30 minit boleh siap masak InsyaAllah ! Kali ni, hero masakan menggunakan telur dan kentang :) BAHAN - BAHAN Bahan A Bawang putih 3 ulas Bawang merah 3 biji Cili padi 3 biji (ikut selera anda) Pelaga, Bunga lawang, Cengkih (untuk wangi saja, optional) Bahan B Serbuk Perasa Kurma Adabi Ayam & Daging 250g Santan Kotak (1/2 kotak kecil) Bahan C Telur 4 biji (Rebus, kupas & goreng sehingga keemasan) Kentang 1 biji (Kupas, potong sederhana & goreng dengan api sederhana sehingga empuk) LANGKAH MASAKAN Potong halus/kisar Bahan A kemudian tumis dengan minyak mencukupi & panas. Api sederhana besar. Setelah naik bau & bahan kisar berwarna keemasan (sedikit coklat), masukkan kesemua serbuk perasa Kurma Adabi. Masukkan separuh mug air untuk mencairkan serbuk.  Besarkan api. Setelah mendidih, masukkan santan...