Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan
Salam sejahtera Pembaca Semua! Harini Cikeding nak kongsikan beberapa isi penting berkaitan dengan minum air gula di Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) .
Pada pendapat Cikeding, antara sebab ibu mengandung perlu minum air gula adalah;
- Sejarah Ibu/Ayah mempunyai Diabetes
- Langkah saringan awal demi kesihatan Ibu Mengandung dan Bayi
- Meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemakanan sihat oleh Ibu Mengandung
- Mengurangkan risiko komplikasi bersalin nanti terhadap Bayi dan Ibu.
Okay, parents Cikeding memang ada Diabetes, even tak tinggi sangat pun. Family history ni, nurse akan awal-awal lagi tanya dan catatkan dalam Buku Pink Mengandung. Oleh itu, Cikeding pun kenalah buat MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) atau test air gula ni juga. Dua kali sepanjang mengandung.
Prosedur setiap KK berbeza, ada yang sediakan hari khas (contoh: Khamis sahaja) untuk minum air gula dan ada KK yang boleh minum air gula any day of the week. Nurse akan tanya tarikh mana bersesuaian untuk kita datang buat test tu.
Cikeding bagi toyol rahsia OK, bawa satu botol air masak, simpan dalam beg. Berikut adalah persediaan & cara ambil test minum air gula tu:
- Sehari sebelum ujian MGTT, hendaklah berpuasa bermula pukul 10 malam. Jangan makan, minum. Tidur je.
- Pada pagi hari ujian MGTT, datang awal ke KK. Lagipun biasanya nurse memang akan segerakan/utamakan ibu mengandung yang berpuasa ni.
- Sampel A darah satu tiub kecil akan diambil. Cikeding prefer tangan kiri, mudah sebab darah laju dari jantung.
- Nurse akan hulur secawan air gula untuk kita habiskan. Tips: Minum jangan laju sangat, nanti muntah. Memanglah nak cepat habis, tapi kalau muntah, hang kena minum balik dari cawan baru. Minum ikut kemampuan. Memang manis berdenting!
- Nurse akan suruh kita balik/berehat selama dua jam dan datang semula ke KK. Masih kena puasa. Sabar jelah. Cikeding pun kepala pusing lepas minum air gula.
- Sampel A (Fasting Blood Sample) akan diuji tahap kandungan gulanya. Sepatutnya rendah dari normal, sebab kita puasa kan. Ini nurse akan buat sendiri tanpa kita perlu hadir.
- Setelah berhempas pulas selama hampir dua jam, kembali awal sikit ke KK.. satu tiub darah akan diambil lagi. Sampel B. Cikeding hulur tangan kiri jugalah. Don't worry nurse akan cucuk tempat lain. :)
- Nurse akan cakap Tahniah! -dalam hati-. haha. Kita dah boleh balik rumah/opis dan 'berbuka puasa'. Terus minum air yang disimpan tadi. Cikeding dah tak larat ambil Time Off (half day then kena masuk opis) . Terus message bos cakap tak larat. Balik tidur dan rehat. huhu
- Orang makmal akan test kandungan gula darah Sampel B. Sepatutnya tinggi sedikit dari Sampel A, sebab ada gula dalam darah. Tapi, jangan tinggi sangat! sebab badan kita patutnya boleh control kandungan gula tu guna insulin. Kalau anda gagal, maka anda ada Gestational Diabetes (Diabetes ketika mengandung).
- Result MGTT ni biasanya akan diketahui pada appointment seterusnya.
Kalau nak tahu risiko diabetes terhadap ibu dan bayi dalam kandungan, memang banyak. Nanti panjang sangat post Cikeding ni. Tapi silalah berhati-hati memilih makanan ya.
"Tepuk Dada Tanya Selera, Tepuk Perut Tanya 'Sayang Baby Tak?' :D".
Thehehe. Okay Bye :)