Tips Trip to Penang (Part 3: Hop On Hop Off Bus to Penang Hill a.k.a Bukit Bendera)

Assalamualaikum!

Kali ni sambung cerita dan tips untuk travel bajet di Pulau Pinang. Spesifiknya kali ini, Cikeding nak cerita cara kami naik bas Hop-On-Hop-Off (HOHO bus) untuk berpusing2 keliling pulau secara unlimited hehe.

Sepertimana diceritakan dalam Tips Trip to Penang Part 1 & 2, Cikeding stay di area Komtar. Setelah bertanya2 kami pergi ke stesen HOHO yang terdekat di Komtar. Bila bas sampai, kami naik dan beli tiket dalam tu.

Pastikan anda ada MyKad (kadang dia nak tengok) dan masa Cikeding beli pula bertuah sebab Cikeding bawa student ID dan dapat harga lagi murah berbanding biasa.

Kami beli untuk 48 jam tak silap, dua hari. Boleh naik bas unlimited times, selagi dalam waktu perkhidmatan lah, jangan pukul 2 pagi duk nak tunggu bas HOHO ni ya. Semak website untuk masa perkhidmatan. Dalam bas pun ada pamplet untuk rujukan route laluan bas, stesen HOHO terdekat dan masa ketibaan/pelepasan.

Memang berbaloi beli tiket HOHO. Kami berjaya sampai ke semua tarikan pelancong, dan banyak kali pula tu. Rasa selamat dan selesa pun bas ni. Siap ada suara Tourist Guide yang dimainkan di sepanjang perjalanan. Ada sejarah dan info nama tempat.

Tempat pertama kami pergi adalah Bukit Bendera, atau Penang Hill. Disarankan pergi waktu pagi seawal mungkin, supaya redup di atas sana. Dan apabila menjelang tengahari dalam pukul 11 ke atas, awan akan mula menipis dan anda akan dapat lihat seluruh pulau. Cantik woo.

Bas HOHO akan berhenti betul2 di kaki Bukit Bendera. Anda beli tiket dan tunggu keretapi sampai. Sila duduk di depan sebab view keretapi panjat bukit ni memang comel! hehe.

Sampai di atas, ada banyak tumbuhan dan bungaan. Ambil je la gambar sebanyaknya ye. Kemudian ada pentas untuk bergambar dengan burung, rumah ibadat, tandas dan restoran.

Cikeding dan kawan-kawan jalan di atas ala canopy walk untuk ke bangunan restoran. Jangan pelik ya, tingkat bawah sekali muzium burung hantu, tingkat satu jual air sahaja dan tingkat atas jual makanan sahaja. haha.

Jadi sila berpakat dengan kawan, siapa beli apa dan nak makan di tingkat mana. Kami duduk di tingkat atas tempat makanan, dan orang yang beli minuman, beli di tingkat bawah dan kena naik tangga untuk bawa ke tingkat makanan.

Menu tak banyak, ada 4 kedai saja yang buka. Cikeding makan Char Kuey Teow lagi dan kawan-kawan ada yang makan western dan nasi lemak. Harga biasa saja lah. Tak mahal pun macam kat Genting Highlands.

Lepas makan, kami pusing tengok Love Lock Lane, kemudian guna teropong untuk tengok sekitar pulau. Teropong kena masuk duit ya, so kami share tengok pakai satu teropong je. Ada limit masa. Boleh lah kalau saja ada duit lebih. Takdelah nampak apa sangat pun..huhu.

Kemudian kami merayap pergi satu bangunan yang ada lif tu, macam observation tower. Naik turun lepas tu jalan keliling. Dapat jumpa monyet cantik. hehe.

Ambil kesempatan melepaskan stress sebab atas bukit ni udaranya nyaman, kehijauan dan warna bunga indah. Mood romantik pun boleh la rasanya. Ambil gambar sebanyaknya. Kalau ada extra duit boleh lah masuk pameran itu ini (sentiasa berubah) dan sertai aktiviti bergambar dengan haiwan unik.

Apabila dah nak mula panas, kami bergerak ke destinasi seterusnya, menaiki bas HOHO juga. Destinasinya adalah Botanical Garden, Gurney Drive dan Batu Feringgi! Yeayy mandi pantai hahaha. Nantikan dalam Tips Trip to Penang Part 4 ya ;P

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan