Travel ke Batam, Kepulauan Riau (Part 1:Malam Berinai Anak Gabenur Pemerintah Kota Tanjung Pinang)

Hai travellers dan backpackers semua :)

Antara tempat WAJIB untuk kita bila baru nak mula travel overseas, adalah tempat yang terdekat dan murah. Yelah, mungkin masih belajar atau baru saja bekerja.. modal terkumpul untuk melancong dalam setahun masih di tahap lebih kurang RM500. Antara lokasi yang sesuai, adalah Indonesia dan Thailand.

Cikeding bermula dengan Indonesia dahulu, kerana tempatnya luas. Kepulauan Riau ni terletak di bawah Singapura. Maka, boleh naik feri saja untuk ke sana. Tak perlu naik kapal terbang bagai. Spesifiknya, Cikeding pergi ke Tanjung Pinang, Batam, Indonesia. Dan Batam ini termasuk dalam gugusan Kepulauan Riau.

Untukku mendapatkan tiket, pergi ke Pelabuhan Feri di Free Duty Zon Stulang, Johor Bahru. Ada bas angkut2 warna oren ke Stulang ni dari Larkin dan JB Sentral. Tiba di sana, beli tiket pergi dan balik. Harga bolehlah semak di laman web ya. Maaf Cikeding dah lama pergi, tapi ni baru nak post, huhu.

Cikeding pergi ke Tanjung Pinang bersama rombongan keluarga dan rakan-rakan parents Cikeding . Ini kerana kami menerima jemputan Majlis Perkahwinan Anak Gabenur Pemerintah Kota Tanjung Pinang. Sambil tu, bolehlah jalan2 dan shopping sikit.

Perjalanan menaiki feri lebih kurang 3 jam. Kalau takut mabuk, boleh cari seat atas, tengok laut. Kalau duduk bawah, tak berapa nampak luar. Macam terkepung. Makan pun jangan banyak nanti termuntah, naya. Sebelum naik feri, boleh makan ubat anti mabuk.. ada dijual di farmasi.

Sampai di sana, kami naik van yang disewa untuk ke hotel. Sebab rombongan ni ramai warga pencen dan beg pun berbondong2. Kalau nak jalan, boleh je.. dalam 500 meter. Backpackers no hal lah :).

Malam tu, kami dijemput dengan bas khas untuk menghadiri Malam Berinai Anak Gabenur.   Ada dua khemah untuk tetamu (kerusi saja, tanpa meja) dan satu khemah untuk makanan. Pentas untuk berkaraoke pun ada. haha.

Majlis bermula dengan mainan ala gamelan oleh sekumpulan lelaki, menghidupkan suasana. Kemudian tuan rumah (Gabenur a. k. a.  bapa pengantin perempuan), berucap berterima kasih kepada yang hadir. Kemudian keluarga pihak lelaki datang dan masuk ke dalam rumah.

Dalam rumah ada pelamin, dan majlis berinai berlaku di depan pelamin. Ada dua tilam diletakkan di lantai dan dipisahkan dengan divider. Pengantin lelaki side kiri, dan pengantin perempuan pergi ke tilam di side kanan.

Mereka berdua berbaring, tapi tak nampak satu sama lain. Kepala hala ke pentas dan kaki menjulur hala ke tetamu (kami yang berada di luar rumah, di bawah khemah).

Sedikit doa dan bacaan dilakukan, kemudian upacara berinai bermula. Sempoi je baring, tak penat. haha.

Kami yang tetamu ni, dihidangkan dengan lauk pauk yang enak. Tapi mostly berkonsepkan pedas dan kering :). Tak berkuah. Buah, kuih dan air mineral pack disediakan. Setahu Cikeding, yang melayan, topup lauk semua.. family pengantin yang buat. Macam sedara mara perempuan yang budak/anak dara lagi. Pandai dorang, macam katering juga la layanan even masih budak-budak.

Cikeding ada sediakan gambar makanan dan suasana majlis tersebut untuk uols tatap. Aktiviti esok adalah bershoping, berjalan2... itu bersambung dalam Travel to Batam Part 2 okay :)

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan