Tips Trip to Penang (Part 2 : Char Kuey Teow & Mee Udang Sungai Dua)

Hai semua!

Okay jum sambung cerita.. Cikeding henyak kayuh basikal sampai berbatu jauhnya ! haha. Sepertimana Cikeding cerita dalam Part 1,kami berbasikal dari Jalan Pintal Tali dan pusing2 keliling bandar (di pulau). Kemudian, tak cukup penat, kami henyak tambah lagi 30 kilometer kayuhan, menuju ke Semenanjung.

Ngam2 lepas Zuhur nak dekat Asar, kami berbasikal naik ke feri. Percuma je okay. Tapi berhati2, sebab yang naik feri nak menyebrang tu kebanyakannya adalah motor di ikuti kereta. Basikal? Kami bertiga je. haha.

Bahaya ya ampun! Disebabkan kami lambat berbanding kenderaan berenjin, maka stay alert dan berada di hadapan/belakang sekali setiap kali beratur untuk masuk/turun feri.

Ini supaya masa menunggu tu, mereka nampak anda dan boleh expect nak bagi anda lalu. Kalau anda belakang sekali, bagus juga, sebab anda slow. haha. Tapi tolong jangan sampai tertinggal okay.

Pergi dan balik kami naik feri. Yela, lepas tu kami pulun naik jalan besar macam highway untuk sampai ke Sungai Dua. Orang yang tahu/pernah lalu jalan Penang-Sungai Dua mungkin boleh bayangkan betapa gilanya kami. huhu. Ampun. Nak jimat. Ampun.

Ada dalam empat/lima flyover yang memang pancit untuk kami kayuh naik. Lintas jalan, memang banyak juga. Sebab kami nak straight saja, maka jalan susur keluar tu, kami kena lintas lah. Sila berhenti, toleh betul2,baru kayuh lintas. Motor dan lori banyak dan laju dik non.

Sampai saja di kedai pertama, CHAR KUEY TEOW SUNGAI DUA, kami terus order. Air jangan order ais dan minum banyak sangat, nanti semput, perut kembung. Ada lagi kayuhan ke kedai depan dan nak balik semula pulau nanti. In fact, Cikeding basahkan tekak guna mineral yang dibawa saja.

Fuhh memang sedap. Char Kuey Teow memang favourite Cikeding :D. Udang pun gemuk, enak dan manis! Memang berbaloi kami kayuh macam orang gila dari pulau, haha.

Selepas melepaskan lelah ala kadar, Cikeding meneruskan pengayuhan ke arah utara lagi, ke kedai MEE BANDUNG UDANG SUNGAI DUA.

Kedai ni dikelilingi dengan sawah padi. Tenang dengan pokok yang ditanam dan digantung dikeliling warung. Tapi sila hati2 ya, disebabkan kedai hampir penuh, Cikeding dapat duduk tepi sekali dekat dengan sawah. Tanpa disedari, satu kaki kerusi terbenam dan Cikeding terjatuh ke arah sawah. Mujur masih kawasan bersimen. Waduh. hahaha.

Mee Udang Sungai Dua ni pun berbaloi makan! Mee Bandung, siap ada daging lagi. Memang berbeza dengan yang Cikeding makan sebelum ni. Kuah dia lagi pekat dan mantap, panas2,cukup rasa dan tak muak (even dah telan sepinggan Char Kuey Teow tadi) haha.

Gambar Mee Bandung pun lupa ambil. Ambil gambar pemandangan je sempat. Maaf ya.

Okay la sila tengok gambar yang ada ni. Tu gambar yang last, gambar balik ke pulau waktu Maghrib. Tak nak balik lewat sangat, pasal kami takda lampu. Lagipun kami pun dah busuk melekit ya ampun. haha.

Tapi angin sejuk dan berbau hanyir tu la yang menenangkan kami setelah 60km berkayuh pergi balik. :P

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan