Mengandung Trimester Pertama

PENGALAMAN MENGANDUNG (TRIMESTER PERTAMA)


Hi semua! Nak cerita sikit pengalaman mengandung trimester pertama, which is Bulan pertama hingga ketiga kandungan. Ataupun, 1st Week hingga 12th Week. Gitu la lebih kurang.

Yang penting, trimester pertama ni memang crucial moment, atau amat dititikberatkan untuk ibu mengandung dan orang sekelilingnya. Pada pendapat saya, ini sebab;
  • Fetus/kandungan masih baru dan belum kuat dalam uterus
  • Fetus/kandungan sensitif terhadap makanan / perubahan 
  • Ibu mengandung mengalami perubahan fizikal dan hormon (Relaxin Hormone yang boleh menyebabkan tubuh sedikit lemah)
  • Ibu mengandung mungkin belum perasan dia mengandung (untunglaa xmabuk)
  • First time mom (belum ada pengalaman) / New pregnancy, new experience (pengalaman mengandung berbeza pada setiap kali)
Member opis pun memang 'menjaga' Cikeding. Orang mengandung ni nampak fragile kata mereka,huhu. Pernah sekali, keluar bilik opis, tersadung pasu..alhamdulillah Cikeding xjatuh, tapi mug di tangan berlaga dengan dinding kaca opis. Berdentung juga bunyi. Orang menoleh!

Cikeding segan, sengih2 dan meneruskan langkah ke tandas, nak basuh mug. Balik semula ke opis, pasu tu DAH TAKDE! langsung. Member opis alihkan. Bukan main besar pasu tu, ada la paras betis dan penuh dengan tanah. Member sebilik empat orang perempuan tu la kut bekerjasama angkat. HUHUHUU. Thanks gals. Thanks my opismates :D

Okay, itu salah satunya, orang keliling InsyaAllah ambil berat kat kita. Kita pun kenalah ambil berat diri sendiri. Makan secukupnya, mental positifkan, pakaian sesuaikan, mengadu dengan pasangan/keluarga kita . Cikeding pun banyak mengadu kasih, berkongsi perit dengan Suami Cikeding kerana itu perlu! Minta dia urutkan belakang, sapukan minyak panas (beli khas dengan bidan). 

TIPS MAKAN SECUKUPNYA
  • Makan dalam kuantiti sikit, tapi kerap (biskut, Milo, buah sebagai snek)
  • Kurangkan makan pedas (nanti muntah, perit woo)
  • Minum air secukupnya. Otot perut kendur, jadinya boleh terkeluar balik air kalau style minum gluk2 bernafas dalam cawan. Minum sikit, rehat, dan sambung lagi.
  • Oleh kerana mudah loya dan muntah semula makanan, tak payah la makan makanan tak berkhasiat dan mahal2 sangat. Sederhana dan berkhasiat. Masa nak masuk mulut, mohon Tuhan izinkan kita dan baby dapat benefit dari makanan tu.
TIPS MENTAL POSITIF
  • Jujur Cikeding menderita masa trimester pertama, loya, makan tak hadam, sengal badan dan terpaksa tidur duduk. Tapi kalau compare dengan orang lain, alhamdulillah Cikeding muntah2 tak sampai sepuluh kali sepanjang first trimester. Tapi kena ingat, minta sokongan family/pasangan. Mengadu dan minta diurutkan. Perempuan memang macam tu, kita prone more to talking compared to men.
  • Ingatlah, sementara je menderita ni. Alhamdulillah kita boleh mengandung. Mana ada indah selamanya, langsung xsakit sepanjang mengandung. Mesti ada ups down sikit. Ingat tu.
  • Hormon memang 'magical' masa mengandung. Cikeding pun ingat, Cikeding balik kerja nangis teresak-esak sebab penat sangat. 
TIPS PAKAIAN BERSESUAIAN
  • Material lembut (bahagian perut akan sensitif kerana kulit meregang, plus, bila makan dan basuh tangan di sink, bahagian perut akan cepat kotor & basah). Pastikan material tu lembut, mudah dicuci dan cepat kering.
  • Potongan longgar atau kembang. Potongan baju biasa yang longgar tak semenstinya sesuai. Kena cari, try yang kembang sikit. Sebab yang longgar biasa, bila dah cukup bulan, masih terketat juga di punggung dan perut. (satu kedepan, satu kebelakang ':p)
  • Beli terus Bra Menyusu. Kalau belum mampu, beli Bra Extender (memanjangkan ukur lilit keliling tulang rangka). Cikeding beli Maternity Bra di Jusco je..dalam RM20 setiap satu. Beli LIMA sekaligus. Sampai akhir mengandung alhamdulillah pakai yang tu. Yang lama masa anak dara, memang tak muat! Ni plan nak pakai untuk susukan baby sekali. :)
Okaylah, itu aja untuk harini. Harap bermanfaat. See you!! :)

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan