Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Assalamualaikum :)

Tahniah anda memiliki Buku Pink Mengandung. Yang tak ada pun tak apa, boleh ja nak baca post ni :) 

Kalau jumpa doktor ni, biasanya akan ada scan ultrasound untuk baby ;) Saya jumpa Medical Officer sebanyak tiga kali sepanjang mengandung ni. Jumpa pada kandungan berusia 13 minggu, 28 minggu dan pada 36 minggu. Lebih kurang pada 4, 7 dan 9 bulan usia kandungan.

Bahagia dan macam tak percaya masa first ultrasound scan pada minggu ke 13 tu, nampak baby stretch kaki. hehe. Doktor kata, sukalah dia, lapang lagi rahimnya hehe. Saya pun belum boleh rasa siku punggung dia semua. Belum rasa ngilu lagi. 

Bergantung kepada Klinik Kesihatan, kadang dia print gambar baby kadang dia print important measurement details je. Nak tengok pertumbuhan.

Kalau nak umph, boleh lah pergi ke klinik swasta. Range bermula RM60 untuk ultrasound bayi. Ada yang 2D, 3D.

Semuanya perlu diukur dan direkod. Pada masa inilah Anak Syurga boleh dikenalpasti. Ini antara saringan awal. 

Doktor akan berbincang dengan kita sekiranya ada apa-apa kebimbangan. Sekiranya tiada apa-apa, bersyukurlah, Insya Allah bayi kita normal. Persediaan bersalin dan berpantang juga sama sahaja seperti biasa.

Gambar ultrasound boleh di print. That's your baby's first photo! Kenangan :)

Tips Pemeriksaan Ultrasound 

a. Boleh minum air sekadarnya, jangan minum banyak,konon sebab risau Doktor tak kenal mana pundi kencing mana rahim
b. Pakai baju mudah selak, mudah tutup. Kalau pakai maxi dress / jubah nanti disingkap sampai atas. Tapi ada disediakan kain untuk tutup mana perlu
c. Pakai kasut mudah tanggal, pakai. Nanti akan naik atas tilam untuk di periksa 
d. Pakai seluar dalam (underwear) elok sikit, kerana ia akan ditolak hingga ke kawasan cik V
e. Cukur / kemaskan bebulu cik V
f. Gel sejuk licin akan dipicit atas kawasan yang akan diletak mesin mengimbas. Setelah selesai nanti lap bersih gel ini nanti melekat dan basah baju. Pakai baju warna gelap jika mahu
g. Awal kehamilan, ultrasound adalah untuk melihat adanya kantung dan baby dalam rahim. Biasanya Urine Pregnancy Test juga akan dibuat 
h. Doktor akan periksa jantina mengikut umur janin, selalunya ketika 5 bulan. Bukan setiap masa jantina boleh dikesan dengan mudah
h. Boleh tanya mana jantung, tulang belakang, jari tangan, kaki, ukur lilit kepala  ketika 5 bulan tersebut. 
i. Air ketuban banyak atau sedikit pun boleh di anggar melalui ultrasound 
j. Boleh request untuk print gambar ultrasound tersebut. Bayaran biasanya termasuk khidmat ultrasound itu 

Okay itu sajalah untuk tips ultrasound check for baby. Till next time :) Taa

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan