Tips Trip to Penang ( Part 1 : Cycling di Art Street)
Hello! Kali ni Cikeding nak share pengalaman travel ala backpackers yang simple dan jimat.
Cikeding suka style travel explore ni sebab santai dan boleh banyak berjalan/cycling untuk masuk setiap area dan explore lebih mendalam. Berbaloi-baloi! berbanding masuk keluar shopping malls bila travel. :P
Okay Cikeding pergi dengan member dua orang. Ktorg naik flight murah dari Johor Bahru to Penang. Book awal la murah. Perjalanan dalam 45 minutes sahaja.
Sampai saja airport pagi2 tu, terus cari bas Rapid Penang bernombor 102 di tingkat dua airport. Kami nak menghala ke Komtar Penang. Tambang dalam RM3 xsilap. Lapo sikit... hehe tapi tahan dulu xmo breakfast kat airport. Tunggu kat Komtar satg.
Sampai Komtar, kat tepi area bas berhenti tu, ada satu ala food court yang tak berapa semenggah, tapi ramaiii orang bekerja serbu makan situ. Orang pencen dan orang bercuti macam kami pun serbu.
Nasi lemak bungkus pelbagai jenis! Murah2. Kuih toksah cerita, banyak pilihan! Jangan tamak sudah sebab dia bungkus sikit2.. so ambil satu bungkus untuk 2,3 jenis je cukup, buat rasa. Air jangan lupa order okay.
Selesai makan, kami mencari hostel kami di Jalan Pintal Tali. Dekat je dalam 10+ minit jalan. Hostel Rope Walk, RM15 per night! Kena pandai pilih.. ada bilik untuk perempuan saja, dan bilik untuk campur. Setiap bilik ada max 8 katil (double deck).
Bilik Cikeding beraircond, so that's the price. Kalau kipas sahaja, boleh dapat around RM10 per night. Tandas, pantry, common room (ruang tamu/media), game room, washing machine, wifi, komputer berinternet semua kena sharing okay. Tandas dan shower bukan main banyak kt tingkat bawah. Bersih dan selesa je even banyak international people share masa Cikeding stay sana. Sila behave dan jaga adab kebersihan semua okay.
Kemudian, Cikeding and friends tanya receptionist tentang sewaan basikal area Jalan Pintal Tali tu. Kalau Google pun banyak je info. Jalan kaki banyak sikit, cari dan compare prices dan condition setiap basikal untuk disewa okay. Biasanya ada basikal berderet depan kedai, dan kedainya adalah jenis kedai runcit/convenient store.
Cikeding dan kawan-kawan pilih basikal bergear. Bukan yang macam pergi pasar tu... sebab kitorang ada misiii naik basikal pergi Tanah Besar! haha. Itu dalam Part 2 nanti okay.
Kami mulakan kayuhan dan pergi melawat Art Street. Untuk pengetahuan, banyak lorong yang ada seni lukisan ni. Dan bukan di dalam kawasan yang sama. Berpusing jugalah satu bandar lama Penang tu. Jangan lupa ambil map.. sebab tak semua seni kot korang nak singgah dan bergambar. Pilih2 ya.
Kemudian kami pergi souvenir shop, banyak pilihan. Tapi well, Cikeding memang kureng sikit beli keychain dan fridge magnet, kecuali ada yang minta dan kecuali satu untuk letak kat rumah sendiri. Cikeding aim for food, haha.
Selain tu, kami pergi ke beberapa pelabuhan /jeti cina. Ada dalam 7/8 chinese clan punya jeti. Kami pergi dua saja. Semua lebih kurang je. Sepanjang jeti kayu tu, ada rumah/kedai di kiri kanannya. Kat hujung, baru ada tempat terbuka untuk bot parking dan keluar masuk. Sebab ni kawasan cina, maka berhati2 ya dengan anjing. Kalau ke sini, bolehlah bergambar okay.
Destinasi keempat, kami pergi makan minum di Cendol Original Teowchu. Betul ke eja. haha. Disana ada cendol dan laksa umphh. Boleh lah buat makan ringan sebelum lunch.
Memang seronok, panas dan penat gak la. Ambil masa secukupnya untuk berehat. Pastikan korang bawa botol air mineral dan baju plastik hujan tu. Sila patuhi peraturan berbasikal. Jangan lintas sesuka hari dan berhenti, toleh kiri kanan sebelum melintas. Parking pun tolong jangan sepah-sepah okay.
Silalah jamu mata tengok gambar Cikeding dalam Trip to Penang Part 1 ni;) Bersambung lagi dengan Part 2: Mee Udang Gemokk Sungai Dua <3