Travel ke Batam, Kepulauan Riau (Part 2: Shopping Pasar Tanjung Pinang)
Hai! Bersambung kita dengan cerita Cikeding melancong ke Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia. Kali ni part 2, Cikeding nak cerita kami bershoping di pasar saja untuk cari souvenir.
Untuk pengetahuan, pasar ada lagi banyak pilihan, segar, murah dan lebih bercirikan Indonesia. Kalau di Shopping Mall, jujur cakap, bercirikan 'Made in China' dan lebih mahal. Cumanya Cikeding lebih suka bagi souvenir berbentuk makanan tempatan sebab souvenir berbentuk barang kecil2, Cikeding rasa, silap haribulan, boleh dibuang sebab memenuhkan rumah je. haha. Tapi makanan kenalah berbentuk kering seperti kacang atau bahan kering mentah untuk di masak/goreng.
Okay, Cikeding dan geng rombongan telah menahan satu van depan hotel (sebab ramai yang nak pergi). Kalau tak ramai, boleh naik ala angkutan tu. Kos lebih kurang dalam RM2+ nak sampai ke pasar. Pasar Buah ada, Pasar Oleh2 ada. Cikeding pergi dua2. Lagipun dekat.
Di pasar tu, ada basic necessities macam pakaian dan makanan harian. Cikeding aim beli gajus, kacang badam, sotong kering, keropok ikan (belum goreng) dan ikan bilis, haha. Cikeding pilih kedai yang ala beli borong, the more you buy, the cheaper it goes. Kalau ada geng, bolehlah pakat.
Untuk pengetahuan, gajus dan badam memang agak mahal. Lebih kurang RM20 sekilo untuk yang belum goreng dan RM23 sekilo untuk bergoreng dan bergaram. Tapi di pasar tu, Cikeding dapat murah sikit la dalam RM17-18 sekilo. Nanti nak bagi kat kawan opis, letak je la dalam bekas tupperware dan letak di pantry / satu bekas untuk satu department. Ala, buat rasa2 je. Bukan nak bagi kenyang, hehe.
Kalau nak juga kenangan, ambil gambar banyak2 haha. Kedekut kan Cikeding ni. haha. Okay, boleh je nak beli baju batik Indonesia. Segak2 tengok. Untuk lelaki dan perempuan. Handbag dan kasut, Cikeding tak galakkan. Baik pergi Tangkak beli ke kedai cina koboi tepi jalan. Sama je kualiti. Serius. Ini pendapat Cikeding.
Keychain, Fridge Magnet (FM) tak ada pula Cikeding perasan di pasar. Mungkin kurang berjalan. Uols boleh tanya orang di situ okay. Cikeding pergi masa musim jerebu sebenarnya hahaha. Nak buat macam mana, dapat jemputan Gabenur kan. *Refer Travel to Batam :Part 1*.
So, Cikeding tak duduk lama kat luar, sesak nafas. Lepas aim barang, shopping dapatkan, Cikeding pergi ngeteh sikit then balik hotel. Udara kotor woo. Ni pun tahap dah nak reda. Tapi Cikeding masih pakai topeng muka juga.
Cikeding habis dalam RM200 untuk makanan dan souvenir. Bolehlah sedekah kat opismates and family. Minta doakan kita murah rezeki. Jadi darah daging dia, bukan macam FM yang mungkin berlapuk begitu saja. huhu.
Okay that's all for this part 2,shopping and travelling to Tanjung Pinang pasar. Bersambung lagi dengan Part 3: Melawat Pulau Penyengat dan Makam Kesultanan Riau. :)i
Byeee.