Resepi Ayam Masak Sambal Ros

Resepi ni untuk dua orang makan ye, dan kami makan waktu dinner. Secukupnya lah kenyang untuk kami.

BAHAN-BAHAN
Ayam potong sederhana kecil
3 bawang putih
5 bawang merah
3 cili padi (kalau suka lebih pedas, tapi ada cili boh saja pun dah okay)
6 sudu cili boh/kisar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
Air asam jawa (secekut asam dan cairkan dalam setengah mug cawan berisi air)
Pelaga, Bunga Lawang, Cengkih, Kayu Manis (bagi wangi, optional)

CARA-CARA MASAKAN
1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Gorengkan +- 10 minit dalam minyak, api sederhana kecil. Supaya dalamnya masak dan luarnya tak hangit. Darah akan mengalir keluar, tandanya dalam ayam sedang dimasak.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bawang, cili padi dan cili boh. Masukkan sedikit air supaya boleh blender halus.
4. Ambil sedikit minyak goreng ayam dan setelah panas, tumiskan bahan kisar tadi.
5. Masukkan pelaga, cengkih, lawang dan kayu manis.
6. Setelah bahan tumis sedikit garing dan cili boh berwarna merah gelap, masukkan air asam, sos cili dan sos tomato. Didihkan.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng. Perasakan kuah dengan garam dan gula. Cikeding guna 5 sudu gula, garam dalam 1 sudu.
8. Sekiranya kuah cair, ambil sesudu tepung jagung dan cairkan dalam air setengah mug. Masukkan ke dalam kuah, sudu demi sudu dan kacaukan kuah. Cikeding guna 4 sudu tepung jagung.
9. Siap! :)

Maaf, gambar lupa ambil. Lepas tu licin pula makan, xde gambar bukti boleh tunjukkan. :(

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan