Tips Penting Mengandung Bagi Setiap Trimester
Persediaan Sebelum Mengandung
No heels, less caffeine, less fast food and carbonated drinks. Positive mind set (perlu A LOT sacrifice dan bersabar), inform pasangan niat mendapatkan zuriat dan jangan mahu segera mengandung untuk berlumba-lumba membuktikan kesuburan anda. Betulkan niat, bersihkan hati, tingkatkan ibadah. Makan folic acid, boleh beli di farmasi.
Tips Penting Trimester Pertama
Rest well, eat well, Nausea (mabuk) ubatnya hanyalah muntah dan tidur. Boleh cuba bau limau/minyak angin/banyak makan buah untuk kurangkan mual. Move well, pergerakan berhati-hati jangan menunjuk lasak kerana anda yang akan tanggung akibatnya. Elakkan 'bersama' suami, bimbang berlaku pendarahan. Read a lot from reliable sources about pregnancy. Install recommended pregnancy apps iaitu Ovia Pregnancy. Tingkatkan / perbaiki amalan. Boleh amalkan zikir elak bencana (bismillahillazi) dan selawat Syifa' / Tibb hingga bersalin.
Tips Penting Trimester 2 (4 - 6 bulan)
100% planning ,90% execution, bermakna rancang selengkapnya barangan bayi, anda, tukang urut, bersalin di mana, menu pantang dan sebagainya. Rancang dan tulis kemudian beli / dapatkan beloved dari keluarga / rakan. Jangan malu atau geli untuk guna hand me downs (barangan turun temurun seperti baby cot, baju newborn). Don't over buy, I know you are excited! Read and watch videos penjagaan dan perkembangan bayi, laksanakan solat amalan seperti dhuha / hajat. Sediakan beg bersalin. Baca dan buat senaman kegel untuk kuatkan lantai pelvis terutama semasa meneran bersalin nanti. Latihan tarik dan hembus nafas setiap kali false contraction. Paling ideal gunakan latihan nafas semasa meneran buang air besar. Itu simulasi paling serupa dengan proses bersalin. Senaman yoga 'cat cow' untuk bantu betulkan posisi tulang belakang dan pinggang.
Tips Penting Trimester 3 ( 7 bulan ke atas)
Kembali seperti trimester 1; rest well, eat well, survey dan tempah tukang urut. Sentiasa stay at home!, buat saja shopping online atau minta saudara pos barang beloved (terpakai). Teruskan dengan senaman kegel dan yoga. Rapatkan hubungan bersama keluarga tersayang, raikan tarikh penting dan bergambar bersama. Kalau video call, boleh screen shot. Jangan banyak sangat memgemas rumah, menyusun barang atau mencuci tandas. Banyakkan rehat disamping kekal aktif berjalan. Boleh penuhkan peti beku dengan frozen food dan dry food penggalak susu badan seperti oat, barli dan kekacang.
Tips Penting Post Partum (Selepas Bersalin)
Gunakan bantal berbentuk U (di panggil juga Boppy Pillow) untuk susukan, letak selepas disendawakan dan tidurkan bayi waktu siang. Bantal itu mengelak bayi dari tergolek disamping meninggikan kedudukan kepala dan perutnya. Semasa menyusukan bayi, bantal itu mengelakkan tubuh kita membongkok dan mengurangkan tekanan pada tangan untuk menampung bayi. Amalkan co-sleep atau tidur bersama diatas katil bagi memudahkan penyusuan, pemantauan dan membersihkan bayi. Katakan tidak pada aktiviti mengemas, memasak dan membersihkan rumah. Please pamper yourself, sleep well untuk memulihkan penat, luka dan sakit bersalin. Letak botol air berdekatan dan kerap minum air dan makan buah-buahan.