Tips Penting Makanan Ibu Berpantang
Tujuan utama 'keistimewaan' dalam sajian makanan ibu berpantang adalah
- memenuhi keperluan kalori tubuh
- memberi tenaga
- tinggi nutrisi, baik untuk penyembuhan
- membantu badan ibu menghasilkan susu berkhasiat
- mengelakkan bahan perasa, pengawet dan lemak yang tidak baik untuk badan
- mengelakkan kemungkinan reaksi negatif badan seperti alergi, sakit perut dan cirit
Berpantang baik diteruskan selepas 44 hari bersalin kerana ianya baik untuk kesihatan. Untuk tips lain, boleh rujuk di sini.
Prinsip Umum Menu Berpantang
- Jauhkan makanan yang sudah terang lagi bersuluh yang anda alergi dengannya
- Elakkan makanan terlalu pedas, berlemak dan terlalu banyak rempah seperti rendang daging untuk mengelakkan sakit perut
- Guna herba dan rempah sekadarnya sebagai perasa asli dan 'ubat' semula jadi. Buah pelaga (cardamom) mengandungi tinggi mineral, meredakan perut dan anti bengkak. Kayu manis (cinnamon) pula boleh membantu menurunkan gula, anti bengkak dan melawan bakteria. Bawang putih (garlic) yang ditumbuk atau di potong mengeluarkan Allicin yang menurunkan kolestrol dan darah tinggi. Halia (ginger) amat bagus untuk penghadaman dan mengelakkan kanser. Kunyit (turmeric) pula membantu mengurangkan sakit dan baik untuk otak. Rujuk sini.
- Minum air kosong suam secukupnya sekurangnya 2 liter
- Waktu makan teratur iaitu pagi, tengahari dan petang
- Kuantiti yang mencukupi dengan kadar suku nasi, suku protein, separuh sayur & buah
- Tiada masalah untuk ambil snek diantara waktu makan seperti sup herba dan buah-buahan
- Teknik masakan kurang minyak dan tidak menghilangkan banyak nutrisi seperti panggang, bakar dan sayur goreng kilas.