Senarai Lengkap Barang Bakul Lampin Bayi
Bakul Lampin adalah barang keperluan membersihkan najis dan memandikan bayi. Bakul ini perlu diletakkan amat dekat dengan tempat ibu berpantang tidur supaya memudahkan proses menukar lampin dan mandi bayi. Ibu berpantang perlu banyakkan berehat dan memberi tumpuan kepada bayi.
Berikut adalah senarai lengkap dan ringkas untuk bakul tersebut.
Senarai Lengkap Bakul Lampin Bayi
1. Lima belas keping lampin bayi, ketepikan pek besar. Ini supaya lebih mudah dicapai. Refill bakul bila perlu.
2 Wet wipes bayi, lebih besar biasanya lebih jimat. Guna untuk bersihkan tahi bayi
3 Set kelengkapan bayi (sikat, sepit kuku, penyedut hingus, berus rambut, thermometer dsb). Sekotak set lengkap ini dijual di kedai bayi / Shoppe. Harga sekitar RM30
4 Alas plastik lembut boleh lipat. Bayi akan baring atas alas ini semasa proses tukar lampin
5 Sebotol spray air 550ml. Gunakan air dan tisu untuk membersihkan kencing bayi
6 Sekotak tisu muka. Ini yang paling praktikal. Kapas leceh, tisu tandas lembut, tisu dapur mahal
7 Minyak zaitun/bayi untuk urutan selepas mandi. Boleh juga guna minyak angin telon Cap Lang berbotol hijau, penutup pink. Minyak yuyi panas takut bayi tak tahan
8 Drapolene Cream dalam tiub berwarna pink, ia ubat ruam bayi
9 Bakul yang mudah dibawa, tidak cetek dan tanpa penutup. Saya beli bakul segi empat putih Daiso
10 Tiga helai tuala kecil nipis/sapu tangan berbulu untuk mandi secara lap
Tambahan:
Hand sanitizer pump. Boleh dibeli di Mr Diy, harga bawah RM10
Nasal aspirator jika bayi selsema, jenama Pigeon
Berdekatan bakul boleh sediakan tong sampah berpenutup
Sekiranya mahu, boleh letakkan keperluan ibu seperti pad, seluar dalam pakai buang cotton dan botol spray kecil (sebesar gengaman tangan). Beli botol di kedai penjagaan diri dan isikan botol itu dengan ubat kuning yang akan diberi selepas bersalin.