Senarai Barang Penting Beg Bersalin

Senarai Barang Penting Beg Bersalin di Hospital Kerajaan 

  1. Sepersalinan pakaian ibu utk balik
  2. Sepersalinan pakaian bayi (mudah untuk buka, pakai di setiap checkpoint sebelum discaj) + 1 pek kecil lampin newborn + wet wipes 120pcs (jika warded sebab jaundice) 
  3. Energy bar bersifat manis, bertenaga, kering dan boleh di simpan lama seperti Party Pack Cloud9 / kurma
  4. Sebotol air. Jenis botol baik supaya boleh refill air suam sekiranya ditahan di wad
  5. Sehelai napkin besar untuk cover semasa menyusu badan 
  6. Pad, seluar dalam pakai buang cotton
  7. Pencuci muka, sabun mandi top to toe kecil, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi nipis sederhana kecil
  8. Pakai terus sandal kalis air sebelum datang hospital 
  9. Beg beserta poket supaya senang selit buku pink 
  10. Beg lipat mesra alam utk letak hadiah free gift hospital / barang tambahan

Nombor 6 dan 7 boleh di letak dalam beg jaring berzip ala-ala pencil case besar. Biasanya zipnya ada tali, mudah nak bawa dan gantung di bilik air hospital. 

Sediakan beg ini ketika 6 bulan mengandung dan pastikan sentiasa dibawa bersama. Sejak pandemik, ibu bersalin normal tanpa komplikasi akan di discaj segera selepas 7 jam bersalin.

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan