Pengalaman Elak Anak Kuning / Jaundice

 Anak pertama 16 hari jaundice, agak lama. Kerana saya skeptical dan berharap untuk exclusive breastfeeding. Setelah menggunakan teknik ini, Anak kedua tak sampai 5 hari kuning. Saya juga memiliki 14 orang anak buah yang majoritinya berpantang di depan saya dan menggunakan kaedah sama.

Cara Elak Anak Kuning / Jaundice

1 Beli breast pump manual (tak sakit, pump ikut kadar sendiri) jenama OKBB, percuma dua botol susu berharga RM50

2. Beli pek kecil Susu Dutch Baby Umur 0 Tahun

3 Ibu menyusu perlu makan minum secukupnya, elak pedas. Boleh amalkan makanan penambah susu mengikut kesesuaian spt susu lembu, oat, barli, kurma, pelbagai buah seperti jambu batu. 

4 Ibu menyusu perlu kerap menyusukan bayi setiap 1 atau 2 jam supaya berlaku high demand, high supply susu yang keluar

5 Gunakan botol untuk tadah susu yang mengalir dari payudara sebelah ketika sebelah lagi digunakan untuk menyusukan, supaya tiada pembaziran

6 Sekiranya selesai penyusuan dan bayi masih lapar, berikan susu tadahan tersebut

7 Sekiranya bayi masih merengek setelah disendawakan periksa lampin. Tukar lampin sekiranya berisi dan sekiranya bayi masih tidak mahu tidur, mungkin dia masih kelaparan

8 Bancuh 2 Oz (60ml) susu bersama 2 skop susu Tepung dan berikan kepada bayi. Bayi mungkin akan memuntahkan susu pada permulaan kerana tidak biasa dengan puting keras dan bau susu yang lain. Teruskan usaha dengan bersabar. Boleh minta bantuan ahli keluarga sementara anda boleh mendapatkan rehat/tidur

9 Bayi yang kekenyangan akan tidur Dan mendapat rehat yang cukup. Letakkan bayi dlm keadaan kepala Dan dada lebih tinggi dari kaki supaya susu mudah hadam. Boleh Gunakan bantal berbentuk U kerana bayi tidak mudah tergolek ke tepi.

10 Kuning/Jaundice paling cepat berkurang melalui air kencing bayi yang banyak. 


Jemur bayi

Teknik memjemur bayi paling selamat adalah membuka tingkap dan langsir bilik apabila waktu siang. Bayi dan ibu berpantang tak perlu keluar rumah,tak perlu letak bayi bawah pancaran matahari atau meletakkan bayi di lantai anjung rumah.

Sumber 

Semua teknik diatas ini juga dilakukan oleh kenalan yang merupakan doktor dan jururawat. Mereka memberikan nasihat ini ketika tidak bertugas. Memang pihak hospital / klinik akan menggalakkan penyusuan ibu ekslusif. Namun kadang Kala tubuh ibu bersalin letih, tidak biasa mengeluarkan susu untuk memenuhi kehendak bayi.

Tambahan

Mengaku sahaja menggunakan susu botol + susu badan ketika di tanya jururawat /doktor. Nyatakan nanti setelah kuning/jaundice hilang, anda akan kembali kepada penyusuan badan sahaja.

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan