Kenapa Bayi Menangis dan Cara Menenangkan Bayi

Kenapa Bayi Menangis 

Diawal usia, tangisan adalah cara bayi berkomunikasi. Berikut mungkin adalah punca bayi anda menangis:

  • Lapar
  • Sakit (penghadaman)
  • Tidak selesa
  • Takut

Cara untuk periksa dan tenangkan bayi boleh mengikut turutan tersebut


Cara Menenangkan Bayi Menangis 

Lapar

  1. Berikan susu badan. Jika bayi menghisap, tertidur dan bangun menangis lagi, mungkin dia masih lapar kerana perutnya yang kecil menghadam susu ibu dengan cepat. Ibu baru juga mungkin tidak dapat menghasilkan susu secukupnya.
  2. Pastikan ada botol 5oz dan susu formula yang baik dan dipercayai seperti saya, saya gunakan Dutch Baby. Semasa saya kecil ibu saya berikan Fernleaf. Pastikan susu formula itu untuk bayi 0 tahun. Susu formula ini boleh diberikan oleh ahli keluarga, ibu berpantang bolehlah mendapatkan rehat. Jangan rasa bersalah. Setelah beberapa hari, boleh kembali kepada penyusuan badan ekslusif.


Sakit (Tidak Hadam)

  1. Pastikan bayi diberi susu dalam keadaan kepala tinggi sedikit dari badan. Setelah menyusu, tepukkan belakang badan bayi. 
  2. Buat bentuk mangkuk menggunakan tangan,seakan tangan anda ketika menadah air. Dengan bentuk ini, tepuk belakang badan bayi bermula dari pinggangnya, menghala ke atas (bawah tengkuk). Jangan takut untuk menepuk sekadarnya bagi membantu bayi mengeluarkan angin. Jangan pukul kuat dan jangan pula terlalu lembut. Nanti tak berkesan.
  3. Tunggu hingga bayi sendawa / buang angin. Setidaknya, pastikan posisi kepala lebih tinggi dalam tempoh 20 minit. Boleh gunakan 'boppy pillow' untuk membaringkan bayi jika tidak dapat mendukung bayi secara menegak. 
  4. Ciri-ciri bayi colic (proses membiasakan sistem hadam) adalah 'Ciri Tiga' iaitu menangis 3 jam atau lebih dalam sehari, sekurangnya 3 hari seminggu, selama 3 bulan pertamanya. Boleh dapatkan konsultasi jururawat / doktor bertauliah jika ada kebimbangan. 


Tidak Selesa

  1. Sekiranya bayi masih tidak mahu lelap, periksa lampin dan tukar jika perlu. Gunakan kain lembut, suam dan basah untuk mengelap dan menyegarkan kepala, tangan dan kaki bayi. Lakukan secara lembut sambil memandang mata bayi dan memujuknya. Jika dirasakan perlu, penjaga bayi juga boleh mandi, ambil wudu', salin pakaian dan membaca tiga surah Qul. 
  2. Pastikan suhu bilik, pakaian, cahaya, pengudaraan dan bunyi sesuai untuk bayi tidur dan berehat
  3. Boleh cuba Teknik 5 S iaitu dodoi (Shush), bedung (Swaddle), buai (Swing), baring sisi (Side Stomach) dan menghisap (Suck)


Takut

  1. Suasana diluar rahim ibu amat asing bagi seorang bayi yang suci. Menangis hanyalah cara untuknya mengadu kepada anda yang perihatin.
  2. Cubalah duduk dengan selesa, dan tidurkan bayi diatas dada sambil berzikir. Bayi lebih suka mendengar denyutan jantung yang dekat, seperti ketika dia dalam kandungan. Pelukan yang hangat, erat dan lembut juga membuatnya rasa selamat insyaAllah.


Tahniah kerana anda memiliki niat yang ikhlas dan usaha untuk jadi penjaga yang terbaik. Ingatlah setiap kesabaran pasti ada ganjaran. Semoga berjaya! <3

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan