Cara Mudah Mandikan Bayi

Dua kaedah memandikan bayi, ditandas menggunakan air mengalir (sekurangnya sekali sehari) atau mandi lap sekiranya belum berani/cuaca sejuk/ingin keluar check up di klinik.


Mandi lap lebih selamat, mudah dan cepat. Setelah balik dari klinik boleh mandikan bayi menggunakan air mengalir untuk memenuhi amalan norma baru. Sabun mandian bayi tak perlu guna terlalu banyak dan kerap. Kulit bayi mudah merengsang, merah dan menggelupas. 

Penyediaan Barang Mandian Bayi di Tandas

1 Tempat mandi bayi saiz besar, boleh letak atas sink. Paling berbaloi untuk saya, jenama SweetCherry, jenis rata dan lebar kerana bayi cepat membesar

2 Sabun head to toe sensitive - guna sejarang mungkin 

3 Gayung berisi air suam (gunakan siku untuk rasa kesuaman air, pastikan tidak terlalu panas)

4 Tuala mandi dewasa (lebih tebal dan besar) 

5 Kelengkapan bayi - alas plastik, spray air, lampin, tisu kotak/wet wipes, sepersalinan pakaian, Bakul Lampin


Cara Mudah Memandikan Bayi di Tandas/Sink 

1. Tanggalkan baju bayi dengan mengeluarkan tangan dan tarik buka dari bawah

2 Tutup dada badan bayi dengan tuala mandi 

3 Spray sedikit air di pusat dan dalam peha bayi supaya dia terkencing dalam lampin. Buka lampin dan gunakan spray bersama tisu untuk mengelap jika kencing sahaja, jika berak, sambung gunakan wet wipes untuk membuang tahi sebersihnya. Lap dengan lembut jangan tekan terlalu kuat. 

4 Ambil tuala mandi, di sangkut kebadan anda. Jika tangan dominan anda kanan,sangkut separuh tuala di atas bahu kanan dan di hujung kiri tuala sepit guna siku tangan kiri. Tuala akan melintang rata dari bahu kanan, ke dada hingga ke siku kiri, menutup badan anda dari air dan memudahkan anda memeluk bayi setelah mandi

5. Angkat bayi, eye contact dan berbual dengannya. Baca doa masuk tandas. Cuba banyakkan eye contact sehingga bayi siap mandi

6 Letak bayi perlahan atas tempat mandi

7 Gunakan tangan, ceduk air suam dalam gayung untuk cuci muka, leher dan rambut bayi perlahan, diikuti tangan dan kaki. Kemudian bilas kemaluan

8 Angkat gayung dan siram perlahan dari kaki ke leher bayi. Gunakan tangan anda untuk menahan air, jangan siram terus atas tubuh bayi. Siram ubun bayi perlahan. Berhati2 bayi menendang kerana instinct berenang. Letak gayung 

9 Angkat bayi, pusingkan dia mengadap tangan tak dominan anda. Guna antara ibu jari dan telunjuk tangan tak dominan anda untuk memegang salah satu ketiak bayi. Bahagian tengah tangan yang sama sokong dagu bayi dan sangkutkan ketiak bayi lagi satu di siku tangan yang sama

10 Angkat gayung dan siram selebihnya dari punggung ke bahagian belakang badan bayi. Hati2 dan tuang sedikit atas kepala bayi. Letak gayung dan kaup muka bayi 

11 Pusingkan bayi, berdiri menghadap anda dan letakkan bayi di bawah bahu tangan tak dominan (kiri) . Tarik tuala dari bahu kanan untuk menutup kepala bayi dan keluar dari bilik air sambil memeluk bayi

12 Letak bayi bersama tuala tadi atas alas plastik dan tekap kering muka dan rambut sambil berbual dan eye contact. Tekap kering dari kaki kemudian pakaikan lampin dan stokin.

13 Guna cotton bud untuk membersihkan pusat dan cuping telinga dengan lembut. Perlahan-lahan kembangkan jari tangan dan bersihkan tapak dan celah jari tangan. Tekap dan bersihkan ketiak bayi dengan lembut menggunakan tuala mandi 

14 Boleh sapukan minyak pada badan dan buat urutan 'I Love You'. Alihkan bayi dari tuala lembap dan alas plastik. Letak atas tilam kering dan segera pakaikan baju. Untuk baju yang sesuai, boleh masukkan baju dari kaki sekiranya takut mengangkat kepala bayi


Senaman dan Ransangan Selepas Mandi 

Buat senaman kaki bayi, gerakkan setiap kaki seakan menghentak sambil mengira hingga 10. Pada kiraan akhir, angkat kedua-dua kaki dan perlahan-lahan rapatkan peha ke perut bayi untuk mengeluarkan angin

Buat senaman tangan bermula dengan menepuk kedua tangan bayi, mendepang seluasnya, menepuk lagi. Bawa tangan kebawah menegak sebelah peha, tepuk lagi dan terakhir, bawa keatas menegak sebelah telinga (Lagu: Clap2 Open, Clap2 Down, Clap2 Open, Clap2 Up! Yeay)

Teruskan eye contact dan berbual dengan nada mesra ketika melakukan senaman tersebut 

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan