Cara Buat Cabutan Daftar Sijil Kematian

Pemohon:

Anak Kandung sahaja. Selebihnya sila rujuk laman web Jabatan Pendaftaran Negara di bahagian 'Penerangan Permohonan'. Klik sini

Penyediaan Dokumen:

a. Salinan akuan kematian / permit menguburkan / surat beranak adik bongsu*

b. Salinan Kad Pengenalan pemohon

c. Buat temujanji online di sini

Surat beranak adik bongsu kerana ia dokumen paling terkini mengenai ibu atau bapa. Ini terpakai jika no KP lama bermula huruf J dan ada 6 digit. Jika ibu/ayah memiliki no KP Lama 7 digit, boleh gunakan surat beranak sendiri. 

Cara Buat Temujanji JPN


b. Baca Terma & Syarat, tanda 'tick' pada 'Saya bersetuju..'. Klik 'Seterusnya'

c. Pilih Tempat, Tarikh dan masa bersesuaian.

d. Screenshot slip temujanji dan tunjuk ketika hadir temujanji

Temujanji Cabutan Daftar Kematian

a. Pastikan dokumen telah disediakan untuk diserahkan. Bawa bersama Kad Pengenalan. Bawa pen hitam. 

b. Scan MySejahtera, tunjukan slip temujanji 

c. Minta borang cabutan daftar kematian dari kaunter. Contoh borang

d. Isikan borang berdasarkan dokumen yang telah dibawa

e. Ambil no giliran. Pilih kategori 'Kematian'

f. Serah borang, dokumen dan Kad Pengenalan. RM5 sebagai bayaran. Pastikan terima resit bayaran

g. Duduk sehingga nama di panggil, kira - kira dalam 15 minit sahaja

h. Ambil, semak dan simpan dokumen dan segera pulang ke rumah. 

i. Ambil gambar / gunakan apps Document Scanner dan simpan salinan digital. Boleh kongsikan salinan digital kepada adik - beradik /orang berkaitan. 

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan