Cara Ajar Anak Kecil Cakap Bahasa Inggeris

Ya, alhamdulillah anak pertama saya yang kini berusia 3 tahun mahir menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Dia juga memahami Bahasa Melayu dan kadangkala menggunakan kedua-dua bahasa untuk berkomunikasi 

Tips Penting:

  • Bermula seawal selepas kelahiran
  • Niat learning is fun, belajar demi Allah
  • Penglibatan anda sangat penting


Aktiviti ;

a. Tunjuk video pelbagai nursery rhymes sekurangnya sekali sehari

b. Lakonkan / Nyanyikan bersama 2 ketika mandi, berjalan kaki, menconteng dsb

c. Pilih satu perkataan dari nursery rhyme dan jadikan aktiviti. Tak semestinya semua aktiviti dlm sehari. Ikut kesesuaian. Contoh : Lagu itsy bitsy spider. Perkataan: Spider (Labah-labah) Senaman: tarian seakan memanjat keatas, gerak tgn & kaki. Sambil menyanyi/pasang Lagu tersebut. Penerokaan: cari Dan tunjuk labah2 sebenar / tunjuk video/buku sebenar (bkn kartun) Melukis & Mewarna 

d. Gunakan Bahasa inggeris untuk komunikasi harian bermula dengan makan (eat), minum (drink), mandi (bath) dan tidur (sleep)

e. Sekitar Bermula umur 3 tahun biasakan menggunakan ayat seringkas mungkin, dlm Bhs melayu Dan inggeris. Ulang sehingga 3 kali. Sebut satu persatu perkataan dengan jelas bersama Gaya sesuai.

f. Ajar Anak umur 3 tahun ekspresi spt happy angry sad scared 

g. Setiap kali menonton/membaca buku inggeris, sebut secara ringkas beberapa perkara. Aktif dan berbual bersama, bukan tinggal sahaja.

Popular posts from this blog

Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Kerajaan

Tips Pemeriksaan Ultrasound Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta

Buka Buku Pink Klinik Kerajaan