Posts

Resepi Bajet Mudah Ikan Masin Lemak Nenas

Image
 Assalamualaikum! Teringin makan lauk ikan masin talang masak lemak ya. Sebenarnya boleh je gunakan ikan masin lain yang murah seperti ikan cencaru masin. Boleh cari di econsave. Nenas pula kalau beli dari pasar boleh dapat kurang dari RM3 sebiji. Santan/kelapa parut boleh dibeli di kedai /pasar berharga dalam RM2 sebungkus.    Resepi ini sesuai untuk dua orang makan.  Bahan Empat ikan cencaru masin, cuci. Setiap ikan di potong empat Sekotak santan Harmoni / perah  Nenas potong Dua biji bawang merah & dua ulas bawang putih yang dicincang halus Serbuk kunyit  Sedikit minyak Dua cawan air (lebih baik air panas)  Resepi Ikan Cencaru Masin Lemak Nenas yang Mudah dan Bajet Panaskan periuk, letak minyak Goreng ikan masin hingga garing, angkat dan tos Keluarkan minyak dari periuk, tinggalkan kira-kira 2 sudu minyak saja Tumis bawang hingga masak (berubah gelap sedikit),dan berbau wangi  Masukkan dua sudu kecil serbuk kunyit Masukkan air, tunggu hingga menggelegak Masukkan nanas, tunggu 5

Cara Ajar Anak Kecil Cakap Bahasa Inggeris

Ya, alhamdulillah anak pertama saya yang kini berusia 3 tahun mahir menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Dia juga memahami Bahasa Melayu dan kadangkala menggunakan kedua-dua bahasa untuk berkomunikasi  Tips Penting: Bermula seawal selepas kelahiran Niat learning is fun, belajar demi Allah Penglibatan anda sangat penting Aktiviti ; a. Tunjuk video pelbagai nursery rhymes sekurangnya sekali sehari b. Lakonkan / Nyanyikan bersama 2 ketika mandi, berjalan kaki, menconteng dsb c. Pilih satu perkataan dari nursery rhyme dan jadikan aktiviti. Tak semestinya semua aktiviti dlm sehari. Ikut kesesuaian. Contoh : Lagu itsy bitsy spider. Perkataan: Spider (Labah-labah) Senaman: tarian seakan memanjat keatas, gerak tgn & kaki. Sambil menyanyi/pasang Lagu tersebut. Penerokaan: cari Dan tunjuk labah2 sebenar / tunjuk video/buku sebenar (bkn kartun) Melukis & Mewarna  d. Gunakan Bahasa inggeris untuk komunikasi harian bermula dengan makan (eat), minum (drink), mandi (bath) dan tidu

Tips Penting Makanan Ibu Berpantang

Tujuan utama 'keistimewaan' dalam sajian makanan ibu berpantang adalah memenuhi keperluan kalori tubuh memberi tenaga  tinggi nutrisi, baik untuk penyembuhan membantu badan ibu menghasilkan susu berkhasiat mengelakkan bahan perasa, pengawet dan lemak yang tidak baik untuk badan mengelakkan kemungkinan reaksi negatif badan seperti alergi, sakit perut dan cirit  Berpantang baik diteruskan selepas 44 hari bersalin kerana ianya baik untuk kesihatan. Untuk tips lain, boleh rujuk di sini .  Prinsip Umum Menu Berpantang Jauhkan makanan yang sudah terang lagi bersuluh yang anda alergi dengannya Elakkan makanan terlalu pedas, berlemak dan terlalu banyak rempah seperti rendang daging untuk mengelakkan sakit perut Guna herba dan rempah sekadarnya sebagai perasa asli dan 'ubat' semula jadi. Buah pelaga (cardamom) mengandungi tinggi mineral, meredakan perut dan anti bengkak. Kayu manis (cinnamon) pula boleh membantu menurunkan gula, anti bengkak dan melawan bakteria. Bawang putih (g

Kenapa Bayi Menangis dan Cara Menenangkan Bayi

Kenapa Bayi Menangis  Diawal usia, tangisan adalah cara bayi berkomunikasi. Berikut mungkin adalah punca bayi anda menangis: Lapar Sakit (penghadaman) Tidak selesa Takut Cara untuk periksa dan tenangkan bayi boleh mengikut turutan tersebut Cara Menenangkan Bayi Menangis  Lapar Berikan susu badan. Jika bayi menghisap, tertidur dan bangun menangis lagi, mungkin dia masih lapar kerana perutnya yang kecil menghadam susu ibu dengan cepat. Ibu baru juga mungkin tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Pastikan ada botol 5oz dan susu formula yang baik dan dipercayai seperti saya, saya gunakan Dutch Baby. Semasa saya kecil ibu saya berikan Fernleaf. Pastikan susu formula itu untuk bayi 0 tahun. Susu formula ini boleh diberikan oleh ahli keluarga, ibu berpantang bolehlah mendapatkan rehat. Jangan rasa bersalah. Setelah beberapa hari, boleh kembali kepada penyusuan badan ekslusif. Sakit (Tidak Hadam) Pastikan bayi diberi susu dalam keadaan kepala tinggi sedikit dari badan. Setelah menyusu, tepu

Cara Buat Surat Beranak Baru Jika Hilang / Rosak

Pemohon Diri sendiri / Ibu bapa. Rujukan sila klik di sini .  Persediaan Salinan surat beranak yang hilang (jika ada) Salinan Kad Pengenalan pemohon Temujanji online di mytemujanji.jpn.gov.my  untuk mengelakkan kesesakan dan penyebaran Covid-19 Cara Buat Surat Beranak Baru Sediakan slip temujanji, dokumen  Scan MySejahtera  Ambil no giliran bahagian ' Kelahiran ' > ' Urusan Kelahiran '. Tidak perlu borang  Tunggu hingga no di panggil. Serah dokumen dan Kad Pengenalan. RM5 sebagai bayaran. Pastikan resit diterima  Duduk sehingga nama di panggil, kira-kira dalam 15 minit sahaja Terima, semak dan simpan Surat Beranak Baru. Gunakan apps Document Scanner dan simpan salinan digital di Google Drive / Email

Senarai Barang Penting Beg Bersalin

Senarai Barang Penting Beg Bersalin di Hospital Kerajaan  Sepersalinan pakaian ibu utk balik Sepersalinan pakaian bayi (mudah untuk buka, pakai di setiap checkpoint sebelum discaj) + 1 pek kecil lampin newborn + wet wipes 120pcs (jika warded sebab jaundice)  Energy bar bersifat manis, bertenaga, kering dan boleh di simpan lama seperti Party Pack Cloud9 / kurma Sebotol air. Jenis botol baik supaya boleh refill air suam sekiranya ditahan di wad Sehelai napkin besar untuk cover semasa menyusu badan  Pad, seluar dalam pakai buang cotton Pencuci muka, sabun mandi top to toe kecil, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi nipis sederhana kecil Pakai terus sandal kalis air sebelum datang hospital  Beg beserta poket supaya senang selit buku pink  Beg lipat mesra alam utk letak hadiah free gift hospital / barang tambahan Nombor 6 dan 7 boleh di letak dalam beg jaring berzip ala-ala pencil case besar. Biasanya zipnya ada tali, mudah nak bawa dan gantung di bilik air hospital.  Sediakan beg ini ketika

Cara Mudah Mandikan Bayi

Image
Dua kaedah memandikan bayi, ditandas menggunakan air mengalir (sekurangnya sekali sehari) atau mandi lap sekiranya belum berani/cuaca sejuk/ingin keluar check up di klinik. Mandi lap lebih selamat, mudah dan cepat. Setelah balik dari klinik boleh mandikan bayi menggunakan air mengalir untuk memenuhi amalan norma baru. Sabun mandian bayi tak perlu guna terlalu banyak dan kerap. Kulit bayi mudah merengsang, merah dan menggelupas.  Penyediaan Barang Mandian Bayi di Tandas 1 Tempat mandi bayi saiz besar, boleh letak atas sink. Paling berbaloi untuk saya, jenama SweetCherry, jenis rata dan lebar kerana bayi cepat membesar 2 Sabun head to toe sensitive - guna sejarang mungkin  3 Gayung berisi air suam (gunakan siku untuk rasa kesuaman air, pastikan tidak terlalu panas) 4 Tuala mandi dewasa (lebih tebal dan besar)  5 Kelengkapan bayi - alas plastik, spray air, lampin, tisu kotak/wet wipes, sepersalinan pakaian, Bakul Lampin Cara Mudah Memandikan Bayi di Tandas/Sink  1. Tanggalkan baju bayi de